semalam kubica dan nick heidfield datang UTP tronoh buat pertama kali dalam sejarah. pertama kali aku dengar berita ini hati aku tidak keruan. sudah sepuluh tahun aku menanam minatku terhadap F1.

setiap hari aku dalam diam menghitung hari. 4,3,2,1…

hari yang sepatutnya aku bersiap-siap ponteng-semua-kelas-dan-pura-pura-pergi-irc-tapi-sebenarnya-ingin-berkampung-di-chancellor-hall-untuk-berjumpa-buah-hati..Tapi sebaliknya yang berlaku. aku pergi ke kelas seperti biasa.selepas kelas, aku balik ke bilik seperti tiada apa yang berlaku di bumi tronoh yang gersang ini.

Di dalam lif, di kelas, di cafe malahan di yahoo messenger! orang bising bertanya padaku..

“Tak pergi ke?patut kelas cancel je arini”..

“Eh, kubica nak race dah.tayah gi kelas”..

“Wah.seronoknya bergambar dengan Nick”..

Aku pekakkan telinga. Aku offlinekan ym ku. Sambil memegang result fypku, aku menapak pergi mengadap SV ku.. alhamdulillah..setel

 

hari ini adik kecil ku menelefonku.ah.kali terakhir dia mendail nombor ku adalah 3tahun yang lepas..soalan pertamanya

“Kubica dtg Tronoh ke kakyah? sape lagi datang?nick heidfield?kimi?

tiba2.aku terkesima..hatiku memberontak. kenape? kenape? kenape aku tak pergi semalam? ..

aku tipu diri sendri..minatku kpd F1 sudah pudar kononnya..argh! masakan pudar..selagi ada nick heidfield..selagi ada petronas..akan ku support smpai akhirnya..

sudahla fauziah.sudah semester terakhir. mungkin tahun hadapan F1 sudah tiada. mungkin tiada lagi Petronas menaja.mungkin tiada lagi nick heidfield dalam team. tiada lagi peluang kedua.  :(

aku cemburu siapa yang dapat menatap muka nick

aku cemburu siapa yang dapat bergmbar dengan kubica

aku cemburu siapa yang dapat berborak dengan F1 engineer

aku cemburu siapa yang dapat melihat F1 car berpusing2 di jalan UTP

ye.aku memang kuat cemburu!

 

huh~

 

p/s: semua ini duniawi semata..